Sabtu, 3 November 2018

Bbm3410/18 - Member

Tiba-tiba member aku pm. Kandungan mesejnya berbunyi macam ni. Eh takde bunyi. Korang kena baca sendiri😂 :
"Balik Kampung tak bagi tahu pon. Senyap je"


Perasaan aku masa tu tak tahu nak cakap apa weh.

Apa yang aku fikir, cuti kali ni tak sama. Apa yang tak sama? Haa meh sini aku nak bagi tahu sikit. Cuti kali ni jatuh nya pada bukan cuti sekolah. Yakni budak sekolah budak u cuti. Selalu budak sekolah cuti aku cuti. Tambahan pula, kawan aku tu dah kerja. Rezeki dia dapat kerja awal. Tapi  kerja dengan syarikat swasta. Faham faham ler swasta macam mana. Kalau kerja ikut HQ memang cuti sehari ajo la jawab nya hari ahad. Bila nya ada masa nak keluar. Hari ahad adik-adik aku dah sekolah maka aku takde kenaikan. Selalu ada, tapu adik aku tu sejak reti bawa kereta tu tak nak dah naik motor. Nak naik kereta je. Tapu minyak tak reti nak isi. Bila aku naik kereta tu je tengok minyak dekat E. Selalu weh kena. Eh dah melalut pulak dah. Balik kepada cerita tadi, aku pon balas la mesej kawan aku tu, aku faham jadual orang kerja macam mana. Sibuk dengan meeting, kena outstation lagi, kursus dan yada yada yada la. Lagi pon cuti kali ni xsama macam dulu dan aku balik pon bawa sekali kerja-kerja yang perlu disiapkan sekali. Bukan balik goyang kaki.

Lepas tu, dia cakap okay. Maka aku pon okay kan ajo lah walaupun aku tahu dia merajuk. Lantak kau lah belalang. Aku malas nak fikir nak jaga hati kau dah. Banyak lagi kerja berfaedah dalam kepala otak aku ni daripada fikir benda remeh-temeh macam tu. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410/18 FINAL EXAM

Selamat maju jaya semua untuk peperiksaan BBM3410 esok. 💕